• Document: BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ. Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh
  • Size: 316.23 KB
  • Uploaded: 2018-10-18 00:57:10
  • Status: Successfully converted


Some snippets from your converted document:

BAB 2 BIOGRAFI WAEL BAHJAT HALLAQ 2.1 Pengenalan Penglibatan Wael Bahjat Hallaq dalam pengkajian hukum Islam dan ușūl al-fiqh khususnya telah menyumbang kepada pelbagai penghasilan buku dan artikel berkaitan perkembangan hukum Islam sehingga kini. Malah kepakaran beliau dalam bidang hukum Islam dan ușūl al-fiqh telah menjadikan beliau antara penulis dan pengkaji hukum Islam yang sangat disegani. Beliau merupakan antara orientalis yang masih bergiat aktif dalam pengkajian terhadap hukum Islam khususnya ușūl al-fiqh. Sejarah pembabitan orientalis dalam pengkajian terhadap hukum Islam menunjukkan terdapat beberapa tokoh orientalis yang menumpukan pengkajian sepenuhnya terhadap perkembangan hukum Islam. Antaranya adalah Joseph Schacht 1 dan Snouck Hurgronje.2 Sejarah ringkas pembabitan Joseph Schacht dalam bidang pengkajian hukum Islam bermula pada tahun 1946 apabila beliau telah dipilih sebagai orang pertama untuk membuat analisis di dalam bidang yang berkaitan dengan hukum Islam di Universiti Oxford. Dari sini, beliau telah menghasilkan sebuah buku bertajuk The Origins of Muhammadan Jurisprudence yang banyak membincangkan tentang perkembangan teori 1 Ahmad Minhaji (1977), Kontroversi Pembentukan Hukum Islam: Kontribusi Joseph Schacht. Ali Masrur (terj.), Yogyakarta: UII Press, h. 4. 2 Abdul Muin Umar (1978), Orientalisme dan Studi Tentang Islam, Jakarta: Bulan Bintang Press, h. 56. 23 hukum Islam selama tempoh pembentukan hukum Islam. 3 Karya Schacht dalam The Origins of Muhammadan Jurisprudence telah berjaya mendapat perhatian yang meluas dari seluruh dunia. Manakala karya beliau yang turut mendapat perhatian dan kritikan adalah The Introduction.4 Dalam buku ini, beliau telah menghasilkan kesimpulan mengenai kedudukan ijtihād yang dianggap telah ditutup dan tidak perlu kepada satu pemikiran baru dari umat Islam. Hasilnya, pendapat beliau tentang ijtihād telah dikritik hebat oleh Wael Bahjat Hallaq. Manakala Snouck Hurgronje merupakan seorang yang pakar dalam bahasa Arab dan pengajian Islam. Beliau telah sanggup menghabiskan masa selama 5 bulan di Mekah dan menukarkan namanya kepada Abdul Ghaffar untuk mempelajari budaya dan hukum Islam kerana syarat utama untuk bergaul dengan sarjana muslim pada ketika itu adalah perlu menguasai hukum Islam. 5 Snouck beranggapan bahawa pengajian hukum Islam merupakan pra syarat utama untuk memahami budaya, bahasa dan kebudayaan Islam yang terkandung dalam al-Qurān dan al-Sunnah. Oleh sebab itu, pengkajian terhadap hukum Islam merupakan objektif utama Snouck dalam memperkenalkan pengajian hukum Islam kepada barat. Beliau telah menulis sebuah artikel berjudul New Contributions to the Knowledge of Islam yang mengkhususkan kepada masalah hukum Islam khususnya mengenai zakat yang masih lagi asing bagi sarjana Belanda pada masa itu.6 Wael Bahjat Hallaq merupakan antara orientalis barat yang masih lagi bergiat aktif sehingga kini dalam pengkajiannya terhadap hukum Islam. Kandungan utama dalam bab 3 Ahmad Minhaji (1977), op.cit, h. 4. 4 Ibid. 5 Abdul Muin Umar (1978), op.cit, h. 56. 6 Ibid. 24 ke dua disertasi ini akan mengupas secara terperinci biografi Wael Bahjat Hallaq yang akan merangkumi latar belakang kehidupan Wael Bahjat Hallaq, bidang pendidikan serta senarai buku dan artikel yang telah dihasilkan oleh beliau. 2.2 Latar Belakang Wael Bahjat Hallaq Nama sebenar beliau adalah Wael Bahjat Hallaq dan beliau dilahirkan pada 26 November, 1955 di Nazareth, Pakistan dan sehingga kini beliau telah menetap di Quebec, Kanada bersama isteri, Ghada Bathish Hallaq dan dua orang puteri mereka Lena dan Cherine. 7Beliau kini berkhidmat sebagai pensyarah di University of Colombia dalam jabatan pengajian Timur Tengah dan pengajian Asia Tenggara. Wael Bahjat Hallaq merupakan seorang pengkaji hukum Islam yang terkenal, malah banyak daripada buku dan artikel yang dihasilkan beliau mengenai perkembangan hukum Islam dan ușūl al-fiqh diterjemahkan kepada beberapa bahasa asing seperti bahasa Arab, Jepun, Parsi, Indonesia dan Turki.8 7 Akh Minhaji (1997), “Kontribusi Dr. Wael Hallaq Dalam Kajian Hukum Islam”, dalam Yudian W. Asmin et al. (edt.), Pengalaman Belajar Islam di Kanada,Yogyakarta: Titian Ilahi Press, h. 155. 8 http://www.mcgill.ca/islamicstudies/faculty/wael-Hallaq, 7 Julai 2010. 25 2.3 Pendidikan Sejarah awal pengajian beliau bermula di Nazareth Municipal High School dan mendapat ijazah dari Haifa University, Israel. Beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di University of Washington, Amerika. Pada tahun 1985 beliau pernah dilantik sebagai pembantu professor dalam bidang hukum Islam

Recently converted files (publicly available):