• Document: ;Manuskrip Surat-surat Francis Light
  • Size: 1.36 MB
  • Uploaded: 2019-05-17 21:33:21
  • Status: Successfully converted


Some snippets from your converted document:

ABDUL RAZAK Abdul Karim Manuskrip Surat-Surat Francis Light . Suatu Analisis Aspek Kosa Kata Pendahuluan Kajian tentang aspek kosa kata dalam manuskrip Melayu lama amat kurang dilakukan oleh para pengkaji dewasa ini, Ini disebabkan manuskrip-manuskrip Melayu amat sukar dibaca kerana ditulis dalam tulisan Jawi dengan pelbagai gaya dan bentuk. Walau bagaimanapun, untuk memperkaya kosa kata bahasa Melayu dan untuk tujuan membuat tinjauan sejarah kata atau bidang leksikografi, kajian tentang bahan-bahan manuskrip Melayu lama amat penting kerana ia merupakan bukti tulisan yang paling awal tentang bahasa Melayu. Menyedari hakikat ini, makalah ini akan membincangkan serba sedikit aspek kosa kata bahasa Melayu yang terdapat dalam manuskrip surat- surat Francis Light yang tertulis pada abad ke-l S, ;Manuskrip Surat-surat Francis Light Manuskrip surat-surat Light bertarikh antara tahun-tahun 1786-1794 dan dalam tempoh tersebut beliau telah mengumpulkan lebih kurang seribu pucuk sural. Setakat ini hanya beberapa pucuk surat koleksi beliau ini telah dikaji'. Surat-surat ini telah disimpan di School of Oriental and African Studies, London dengan nombor rujukan MS 40320. Koleksi ini mengandungi pelbagai surat daripada raja, pembesar atau orang perseorangan kepada Light. Kajian ini hanya ditumpukan kepada beberapa pucuk surat sahaja, iainr': a) Surat daripada Saudagar Rajah Kedah kepada Francis Light b) Surat daripada Raja Kedah c) Surat daripada Isteri Tunku Raja Muda Selangor d) Surat R(Jju'Muda Perlis e) Surat daripada Saudagar Rahsia Raja di Kelantan f) Surat daripada Encik Lu Nga' Perlis kepada Kapitan Light Dewa Raja Negeri Salang g) Surat daripada Francis Light kepada Datuk Laksamana . Menurut Annabel Teh Gallop (1994:130) koleksi Francis Light adalah koleksimanuskrip surat Melayu yang paling lengkap kerana beliau berperanan penting dalam East India Company. Surat-surat koleksi beliau ini terkumpul sehingga kematiannya pada tahun 1794. 2 Dalam kajian ini hanya dipilih sebelas pucuk surat sahaja daripada koleksi Francis Light. Ini disebabkan semua surat yang dipilih menunjukkan perbezaan orang yang menulisnya. 2 I Filologi M elayu h) Salinan surat Pejabat daripada Sultan Abdullah Kedah i} Surat daripada Francis Light kepada Raja Kedah j) Sural daripada Laksamana Kedah k) Sural Bendahara Muda Kedah Berdasarkan sebelas pucuk surat ini akan dibincangkan beberapa aspek kosa kata yang terdapat di dalamnya seperti penggunaan kata-kata arkaik, kata-kata sukatan, kata gelaran, kata-kata lisan, bahasa halus, dan kata-kata pinjaman. Apabila diperkatakan aspek pemilihan kata dalam manuskrip ini, banyak faktor luaran yang perlu difahami. Perkara pertama yang perlu difahami ialah hubungan Light dengan pembesar-pembesar Melayu pada waktu itu dan jawatan beliau sebagai Gabenor Pulau Pinang banyak mempengaruhi pemilihan kata yang terdapat dalam surat-surat ini. Di samping itu, kebanyakan surat yang tersebut melibatkan hubungan perdagangan dan hal ehwal pemerintahan, sekaligus, mempunyai hubungan dengan pemilihan kosa kata yang digunakan. Penggunaan Kata Arkaik Kata-kata arkaik ialah kata-kata yang telah mati dan tidak digunakan pada waktu ini. Kata-kata arkaik pernah digunakan pada zaman lampau sarna ada dalam zaman bahasa kuno ataupun pada zaman bahasa klasik '. Sebahagian kata arkaik yang masih digunakan sekarang telah mengalami perubahan makna dan sebahagiannya pula telah lenyap disebabkan terdapat kata-kata lain yang boleh mendokong maksud yang disampaikan. Berdasarkan surat-surat Francis Light, banyak terdapat kata arkaik yang digunakan pada abad yang kelapan belas tetapi kini kata-kata tersebut telah tidak digunakan atau mengalami perubahan makna. Antara kata-kata tersebut ialah: perkataan maksud samir atap atau pengalas muatan perahu sat ukuran tim bangan beras laksa bilangan sepuluh ribu bahara timbangan berat pada barang apion gasingjcandu wangkang perahu kecil lasal satu bahana kesanjbekas gah kemasyuranjterkenaI bermala tidak harum aniya amaya hubaya-hubaya tidak boleh tidak cerpu tapak kaki jemala ubun-ubun kepala 3 Harimurti Kridalaksana (1983:14) menyatakan bahawa kata-kata arkaik ataupun arkaisme merupakan unsur-unsur bahasa yang tidak lazim tetapi yang dipakai untuk efek-efek tertentu.

Recently converted files (publicly available):