• Document: KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM TARIKH 06 APRIL 2014 TEMPAT JALAN TEMBELING, TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN,
  • Size: 940.26 KB
  • Uploaded: 2018-10-15 03:16:36
  • Status: Successfully converted


Some snippets from your converted document:

KERTAS KERJA LARIAN AMAL LIGHT UP AUTISM TARIKH 06 APRIL 2014 TEMPAT JALAN TEMBELING, TAMAN TASIK TITIWANGSA, 53200 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA. PROGRAM LIGHT UP AUTISM |2 05 APRIL - 06 APRIL 2014 TEMA YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND KERTAS KERJA PROGRAM LIGHT UP AUTISM MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Tujuan menyediakan kertas kerja ini adalah untuk memohon bantuan kewangan daripada Pertubuhan Mahasiswa UKM(PMUKM) bagi mengadakan program Light Up Autism anjuran fakulti perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. 2.0 PENGENALAN Program Light up Autism ini merupakan program larian amal yang dianjurkan oleh mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia dalam usaha untuk menambah sumber kewangan Tabung Amanah Makmal Kanak-Kanak Istimewa UKM. Program ini yang bertemakan Your World Is Our World, Together We Stand bertujuan untuk menambah dana Makmal Pembelajaran Autisma UKM bagi membantu membiayai belanja operasi makmal, kos penyelidikan dan membina prasarana yang lebih kondusif untuk sistem pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak istimewa. Program ini akan juga mendapat penyertaan dari agensi bukan kerajaan dan kerajaan seperti HOPE (Early Project Autism Malaysia), NASOM (The Nasional Autism Society of Malaysia), ARISMA dan Permata Kurnia. Program ini adalah salah satu cara untuk memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa, individu, masyarakat serta mahasiswa UKM untuk membantu Makmal Pembelajaran Autisma UKM meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan demi mencapai objektif jangka panjang makmal ini sekaligus dapat menyumbang ke arah peningkatan perkhidmatan pendidikan YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND PROGRAM LIGHT UP AUTISM |3 05 APRIL - 06 APRIL 2014 untuk kanak-kanak autistik di Malaysia. Pada masa yang sama, bukan kesedaran komuniti terhadap kanak-kanak autistik sahaja dapat ditingkatkan malah program ini mampu mempromosikan pembelajaran sains dalam kalangan kanak-kanak autistik juga. Tambahan lagi, program ini juga dirancang bagi memenuhi keperluan subjek ko-kurikulum serta mencapai semua lapan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan di dalam kontrak pembelajaran mahasiswa UKM. 3.0 MISI Misi Program Light Up Autism ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu Makmal Pembelajaran Autisma UKM meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Rentetan itu, kualiti yang memberangsangkan dapat menyumbang ke arah peningkatan perkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak autistik di Malaysia. Pada masa yang sama, program ini mampu melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja mahir dalam segi akademik, malah turut memiliki kemahiran sosial yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan. Selain itu, segala ilmu pengetahuan yang dapat diambil melalui pembelajaran secara formal ataupun tidak formal menerusi program ini dapat diterapkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian semua pihak yang terlibat. Program ini juga diharapkan dapat menyuburkan semangat kerjasama dan kemahiran 'soft skill' bagi melahirkan mahasiswa yang berdaya saing. YOUR WORLD IS OUR WORLD, TOGETHER WE STAND PROGRAM LIGHT UP AUTISM |4 05 APRIL - 06 APRIL 2014 4.0 MATLAMAT 4.1 Mengumpul dana minimum sebanyak RM 15, 000 untuk Makmal Pembelajaran Autisma UKM 4.2 Memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat untuk mengenali kanak-kanak autistik dengan lebih dekat 4.3 Memberi pendedahan dan peluang kepada mahasiswa dalam membentuk sebuah organisasi dan merancang gerak kerja program dengan efisien 4.4 Menanamkan semangat kerjasama, semangat berpasukan dan saling mempercayai antara satu sama lain 4.5 Melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif sepanjang pelaksanaan program ini 4.6 Melahirkan mahasiswa yang berkepimpinan dan bertanggungjawab 4.7 Menerapkan ilmu-ilmu keusahawanan dalam diri setiap mahasiswa 4.8 Melatih

Recently converted files (publicly available):